Aku selamat mendarat ke bumi London lebih kurang pukul 3 setengah waktu tempatan UK.Bermacam-macam perasaan ketika itu,gembira,seram,teruja,tak sangka kerana akhirnya berpeluang juga menjejakkan kaki di benua Eropah.Aku tiba di terminal 3 dan aku perlu untuk ke terminal 1 untuk menyambung flight untuk ke dublin dalam tempoh 4 jam.Nasib baik bas untuk ke terminal 1 disediakan,kalau nak jalan kaki mahu patah dibuatnya.Aku menunggu keluarga yang datang dari malaysia dengan flight malaysian airlines dan dijangka tiba lewat sejam dari masa aku tiba.Bosan jugak lepak sorang-sorang kat tempat transit,nak beli makanan mahal pulak,pastu duit pound uk pun tak de dalam simpanan aku.Tunggu je la kat gate flight ke dublin sampai nampak batang hidung family aku dari malaysia.
Setengah jam sebelum tempoh berlepas ke dublin,family aku pun sampai kat gate,apa lagi masa tu bermula lah jejak kasih selama 5 minit.Pastu bila kami semua nak masuk flight,family aku dari malaysia kena tahan kat gate sebab tak de boarding pass.Aku pun tak berapa tahu apa masalah yang menyebabkan diorang tak dapat boarding pass ataupun mungkin ade masalah miss connection.Jadi aku naik keseorangan flight ke dublin dengan jiwa yang kacau bilau dan tak tenteram,baru berjumpa terpaksa berpisah untuk seketika.Sedih tak hengat dunia punye.Family aku kena naik flight yang satu lagi lepas flight aku terbang dalam anggaran 2 jam lewat lepas aku terbang dulu ke dublin.
Selamat mendarat ke dublin airport lebih kurang jam 8 setengah malam,sebenarnya tak malam lagi,maghrib pun belum.Aku sampai dalam keadaan hujan renyai-renyai dan sedikit angin,memang sejuk sikit la.Sampai jugak aku kat bumi Shamrock.Lepas selesai urusan imigresen terus keluar kat arrival hall dan nampak terus kelibat abang dan abang ipar aku yang dah lama tunggu macam nak mati kat dublin airport.Nak balik terus tak boleh sebab kena tunggu family aku sampai dulu lebih kurang 2 jam lewat.2 jam lepas tu family aku pun keluar kat arrival hall dan kami naik bas express untuk ke galway selama lebih kurang 3 jam,tapi malam tu driver bas bawak macam siput hutan pulak nak ke galway,dah la lembab pastu banyak berhenti pulak,nasib baik aku tidur je sepanjang perjalanan, tak de la terasa lama sangat dalam bas.
Hari pertama kat galway, abang,abang ipar ngan kakak aku bawak pegi jalan kat bandar galway yang terletak lebih kurang 5 km je dari rumah sewa diorang.Memang lawa galway,bandar persisir pantai lautan atlantik,sejuk mata memandang,desiran bayu lautan atlantik meremangkan bulu roma.Galway ni standard kampung je bagi budak-budak malaysia kat ireland,kurang skit membangun berbanding dublin,belfast ngan cork,tapi standard kampung ireland bukan macam standard kampung kat jordan.Standard kampung kat jordan macam kampung orang asli kat malaysia tu,tak de pembangunan langsung,berpuas hati dengan apa yang ada.Aku gi jalan-jalan kat dunnes stores,antara pusat membeli belah yang utama kat galway dan ada banyak cawangan kat ireland.Kedai-kedai ngan tempat shopping tutup awal dalam pukul 6 petang,biasalah orang putih kedai tutup awal sebab malam tu diorang nak pegi kedai pub pulak nak mabuk sampai pagi.
Besoknya pulak kami pegi jalan-jalan kat cliff of moher,salah satu tempat tumpuan pelancong kat galway dan memerlukan perjalanan satu jam lebih untuk sampai ke situ dari galway.Cliff of Moher terkenal kerana keunikannya yang mempunyai tebing tinggi lautan atlantik.Memang menarik dan cantik permandangan tempat tu dan di situ manusia boleh melihat dan menilai dengan mata hati dan akal tentang kebesaran ALLAH dalam menjadikan alam dunia ini.Ketika itu pun hujan renyai-renyai menitip sedikit demi sedikit kat kepala aku,dah lama tak merasa hujan macam kat malaysia.Kalau hujan kat jordan time musim sejuk je itupun kadang-kadang.
bersambung..........
0 pencapap:
Post a Comment