Sunday, 29 November 2009

Bedah Filem :Ketika Cinta Bertasbih





Alhamdulillah,minggu ini adalah minggu yang paling gembira dalam diri saya walaupun dihimpit dengan aktiviti-aktiviti yang cukup padat dan ketat.Syukur ke atas ILAHI kerana semua dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

Hari selasa yang lepas, saya berpeluang menonton filem yang menjadi sebutan ramai di malaysia dan indonesia iaitu filem " Ketika Cinta Bertasbih ".Filem ini secara keseluruhannya menarik perhatian ramai pengkritik filem dan penggemar-penggemar filem islamik .Bagi saya ini adalah penghasilan yang terbaik oleh sutradaranya, chaerul umam yang nampaknya bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kekurangan yang ada pada filem " Ayat-Ayat Cinta".

Penghasilan filem mestilah realistik untuk menampakkan hasil yang memberangsangkan.Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan bahawa unsur erotik ataupun batas-batas yang melanggari syariat dijadikan tema untuk kekuatan sesuatu filem.Umum mengetahui masyarakat sekarang sudah terbuka fikirannya,masakan tidak percaya filem dakwah seperti KCB ini mampu mengangkat kembali filem berunsur islamik ke arena perfileman negara seberang kita.

Apa-apapun,saya berpuas hati dengan filem KCB ini di atas beberapa perkara :

1) Filem ini dilakonkan di Mesir yang merangkumi 80 peratus penggambaraannya di Kaherah dan Iskandariah.
2) Berjaya memaparkan suasana Al-Azhar sebagai pusat keilmuan Islam yang terkemuka di dunia.
3) Tidak ada unsur erotik dan pembawakan watak dan jalan ceritanya jelas dan difahami oleh mad'u.
4) Pemilihan pelakon dilakukan dengan ketat sekali dan seakan-akan watak yang dimainkan oleh mereka di dalam filem KCB adalah diri mereka sendiri.
5) Terdapat beberapa adegan di dalam filem ini yang menyerlahkan persepsi orang asing kepada budaya masyarakat Arab kepada kita,seperti contoh tetamu Arab yang datang ke rumah orang ajnabi tidak semudah boleh dipercayai oleh kita.Usul periksa mestilah dilakukan dan bukanlah semudah kita sebagai ajnabi boleh mempercayai Arab semudah-mudahnya.



Apa-apa pun tahniah kepada SinemaArt di bawah kendalian chaerul umam di atas kemunculan KCB sebagai filem dakwah pertama yang mampu untuk membuka mata sebilangan penggiat seni yang masih tertutup fikiran mereka di Indonesia mahupun Malaysia.Keterlibatan orang seni Indonesia yang sudah bertapak lama dalam arena filem Indonesia seperti Didi Petet, Deddy Mizwar dan penulis novel, Habiburrahman El-Shirazy menampakkan kematangan plot dan perjalanan filem ini agar setiap jalan ceritanya sempurna dan mampu difahami oleh penonton sebagai mad'u utama.

Saya percaya ustaz-ustaz di Malaysia boleh memikirkan analogi dakwah yang paling berkesan untuk mad'u mereka.Ruang lingkupnya bukan sekadar di masjid semata-mata, variasikan pemikiran anda agar dakwah mampu direalisasikan dengan sebaiknya.

Filem berkisar latarbelakang Al-Azhar sudah ada 2 keluaran setakat ini.Saya menunggu novel " Sesegar Nailofar " ataupun " Salju Sakinah " karangan Zaid Akhtar untuk di drama atau di filemkan.Ada cadangan watak hero utama nak bagi kat mantiqah mana?Mu'tah,Irbid,Amman atau Mafraq????


Tuesday, 17 November 2009

Renungan Untuk Mereka Yang Bergelar Da'ie




Hati saya gembira dan bercampur rasa bangga melihat kawan-kawan seperjuangan di Malaysia sudah mula mencampakkan diri mereka ke tengah-tengah gelombang masyarakat.Ada yang aktif dalam persatuan ini,persatuan itu,parti ini dan yang seangkatan dengannya.Bagi saya itu adalah satu keperluan yang perlu diterapkan dalam jiwa para da'ie agar mereka berada di dalam landasan thabat dan lurus agar diri mereka tidak tertipu dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan tipu daya dan bahaya.

Peringkat muda adalah peringkat yang telah ALLAH tetapkan dalam kitaran hidup manusia untuk kita berkhidmat kepada ummah ataupun manusia sekeliling.Tidak kira apa jua manusia hatta agama manapun,fitrah memberi adalah satu nilai kehidupan yang sudah sebati dan tidak boleh dipisahkan dalam diri manusia yang mana kehidupannya sering terikat dengan manusia di sekelilingnya.

Apatah lagi ajaran Islam yang terlalu menitikberatkan konsep 'dakwah' dan 'amar ma'ruf nahi mungkar', seharusnya kita umat yang mengaku beriman dengan agamaNYA selayaknya memikirkan tanggungjawab ini dengan sebaiknya.

Sesetengah orang yang apabila dirinya sudah berada di tahap namanya menjadi sebutan ramai dalam apa jua keadaan sekalipun ,suka untuk mereka mempergunakan kedudukan dan pengaruh untuk mencapai keselesaan dan kepuasan untuk diri mereka sendiri.Mereka lupa iltizamnya mereka itu dengan Islam telah pudar sedikit demi sedikit akibat perlakuan itu.

Saya sedih bila mana ada puak-puak atau agen-agen tertentu yang menggunakan simbolik-simbolik tertentu untuk meletakkan mereka sebagai golongan yang cakna kepada agama dan cakna kepada masyarakat.Saya fikir kita sudah ada kesatuan yang telah memperhalusi gerak kerja islam dari mula merdekanya bumi malaysia sehinggalah sekarang kita merasai nikmat akan kesatuan itu.Mengapa harus ada pokok semalu yang konon-kononnya malu tapi akhirnya tidak malu untuk mengembangkan daunnya apabila kaki manusia tersentuh akan durinya?

Zaman muda,masing-masing mencari idealisme dan potensi diri masing-masing.Tidak salah andai kata anda adalah orang yang betul-betul menghargai perjuangan atas nama Islam.Jika anda ikhlas, lakukanlah atas kepentingan agama itu bukan untuk untuk kepentingan sesetengah pihak ataupun untuk memecah belahkan kesatuan yang telah sekian lama terbina.

Banyak sejarah yang telah menyebut tentang lambatnya kemenangan Islam disebabkan orang Islam sendiri yang tidak mahu bersatu.

Rasanya tidak perlu untuk disebutkan.Anda sendiri boleh memikirkannya.

Thursday, 12 November 2009

Kemuncup Dalam Perjuangan



Mungkin malam itu ada hikmahnya rumah saya terputus elektrik,peluang yang ada ditambahkan pula dengan peperiksaan yang berderet pada keesokan harinya mendorong saya untuk menumpang "cahaya" untuk belajar di taman asuhan kanak-kanak arab di hadapan rumah saya.Sejak saya mula-mula sampai di Mu'tah hingga sekarang,taman asuhan ini banyak memberikan saya semangat yang berkobar-kobar untuk terus berjuang di bumi Mu'tah ini.Melihat kepada kesungguhan guru-gurunya dan kebisingan anak-anak kecil pasti mengingatkan saya memori kenangan silam di malaysia dahulu.

Abdul Razak dan Abdul Rahim,2 sahabat yang berbangsa Arab dan berasal daripada Palestin menjadi nadi kekuatan untuk saya terus menelaah pada malam itu.Abdul Razak sudi untuk berbual-bual dengan saya dan menceritakan tentang penderitaan rakyat Palestin di sana.Dia selalu berulang-alik ke Palestin untuk menziarahi saudara mara yang masih berjuang di sana.Saya sempat berjenaka dengan Abdul Razak tentang hasrat saya ingin ke Hebron.Saya teringin untuk melihat masyarakat Palestin dari mata saya sendiri tentang penderitaan mereka di jajah oleh Israel sejak peristiwa pembuangan dan penghijrahan beramai-ramai rakyat palestin pada tahun 1948.

Jika saya melalui jalan Karak untuk ke Laut Mati,saya cuba untuk menajamkan mata saya untuk melihat tanah palestin yang di jajah.Tapi sayang pandangan terlalu kabur.Rasa kecewa yang teramat.

Jika saya pergi ke Aqabah,pastinya mata dan hati berasa terlalu pedih melihat bandar Eilat, Israel yang begitu gah dan bercahaya warna-warni pada waktu malam.Mungkin rakyatnya sedang beseronok di kelab malam dan mabuk sampai ke pagi sedangkan rakyat Palestin di Gaza bermandi darah dengan hujanan roket dan peluru berpandu.

Jika saya ke Amman,yang mana penduduknya majoriti adalah dari Tanah Palestin dan mendapat hak kerakyatan Jordan,rasa pelik terus menyinggah dalam fikiran melihat gaya dan perlakuan serta pemakaian Arab Palestin yang moden dan up to date bagaikan tidak ada apa yang berlaku di sekeliling mereka,bahkan Semenanjung Gaza yang mempunyai penduduk yang antara yang terpadat di dunia merintih-rintih mencari baju dan seluar untuk di pakai.

Pejuang-pejuang palestin tetap tegar mencari ruang dan harapan untuk membebaskan negara mereka dari penjajahan israel.Mereka berharap Baitulmaqdis akan menjadi hak dan kembali untuk orang Islam semula.Walaupun mereka di tekan dan di ancam oleh Zionis dan bangsa sendiri,namun jihad mereka mempertahankan tanah air tercinta melebihi segala-galanya dalam hidup mereka.

Setiap bayi yang lahir di tanah Palestin adalah waris yang akan terus menyambung misi perjuangan suci ini.Perjuangan ini tidak akan selesai dan tidak ada titik noktahnya selagi Zionis dan israel laknatullah terus wujud di muka bumi mereka.Mereka tidak perlu menunggu Salahudin yang kedua ataupun rakan-rakan mereka di tanah arab yang lain kerana menunggu mereka untuk bersama-sama dalam perjuangan ibarat melukut di tepi gantang dan hanya membuang masa.

Walaupun mereka di aniaya dan di perlakukan seperti binatang oleh anjing-anjing Israel,namun mereka percaya dengan janji ALLAH yang mana kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang benar.

Saya sedih melihat Arab di sekeliling seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Wahai orang malaysia,bagaimana dengan nasib rakyat Pattani yang segama dengan kita....nasib mereka tidak ubah seperti rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.Adakah kita cakna dengan mereka ataupun hanya memalingkan mata semata-mata.

Kuffar tidak senang dengan kita dan mereka sentiasa mencari-cari jalan yang terbaik untuk menghancurkan umat islam.

fikir-fikirkanlah wahai sahabat ku semua......

saya sempat mengalunkan syair arab kepada Abdul Razak tanda perpisahan sementara kami pada malam itu:

النور كيف ظهوره * ان لم يكن دمنا الوقود

القدس كيف نعيدها * ان لم نكن نحن الجنود

Tersengih beliau melihat alunan bayt-bayt syair....moga kita semua adalah pejuang pilihanNYA.....AMEENN....

Sunday, 1 November 2009

Bila Keboringan Melanda Lepas Waktu Maghrib




1) NO ENTRY


2) DEPAN HARRRODS, GEDUNG MEMBELI BELAH KEPUNYAAN DODI AL-FAYED


3) DALAM UNDERGROUND, SAPE YANG GI LONDON X NAIK MENATANG NI,MEMANG BODOH LAA


4) SEBELAH KIRI AKU TERRY, SEBELAH KANAN AKU LAMPARD



5) STAMFORD BRIDGE ( CHELSEA FOOTBALL CLUB )

Boring-boring orang kata...tak buat ape...upload la gambar skit...
besok manhaj bahas...x prepare ape lg....lantak la apa nak jadi....
can.....cin....cau.....






Sunday, 11 October 2009

Dari Umm Qays Ke Aqabah



Alhamdulillah kembali jua dalam kembara yang dinanti-nanti.

Minggu lalu,saya berpeluang sekali lagi menjadi tourist guide kepada sepasang suami isteri dari Malaysia.Saya hanya berkenalan melalui perbualan telefon dan dapat berjumpa pada minggu akhir bulan ramadhan di hotel golden tulip ( nama lama hotel alia,qaia ).Beliau telah meminta saya untuk menjadi tourist guide selama hampir seminggu dan alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan misi " dari umm qays ke aqabah " bersama rakan baik saya, faiz.Beliau ialah pelajar PhD Hadis dari Universiti Malaya dan isteri beliau ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD dalam bahasa arab di University of Jordan.Alang-alang beliau berada di Jordan untuk menyelesaikan urusan isteri beliau ,beliau telah meminta saya dan faiz untuk menyelesaikan misi beliau yang tertinggal iaitu " Dari Umm Qays ke Aqabah ".Alhamdulillah,kami telah menyewa kereta sewa dalam misi ini dan berjaya menakluk hampir sebahagian besar tempat-tempat utama perlancongan di Jordan.

Yang menjadi keterujaan saya dalam misi " Dari Umm Qays ke Aqabah " ( 28 Sept-3 Sept ) yang lalu adalah :

1) Walaupun misi jelajah hanya 4 hari,kami berjaya menyelesaikan hampir kesemua destinasi pelancongan utama di Jordan seperti Laut Mati,Petra,Aqabah dan Jerash.

2) Dalam misi ini,inilah kali pertama saya berpeluang ke Petra setelah 2 tahun 8 bulan bermastautin di Jordan.Jika tidak, tak tahulah bila lagi peluang akan tiba untuk ke petra.

3) Pengembaraan dengan kereta dari utara ke selatan.Mujur ada sahabat baik bersama dalam misi ini.Boleh bertukar-tukar tenaga memandu kereta siang dan malam.

4) Dapat menikmati pemandangan tasik tobari dan bukit golan pada waktu maghrib dari puncak umm qays.Kawasan yang menjadi perebutan antara 3 buah negara iaitu israel,syria dan jordan.

5) Berpeluang menikmati hidangan nasi mandi daging di mat'am hadraulmaut bab syimali,jamiah urduniyyah.Aku makan sepinggan nasi yang berharga jd 4.000 berukuran 2 pinggan nasi mandi mat'am saudi mu'tah.Aku tak mampu menghabiskan tapi faiz berjaya menghabiskannya.Ajaib bukan???

6) Dapat merasai kesejukan pantai aqabah setelah dipaksa oleh Abg Nizam untuk mandi bersamanya.Sebelum ni,tak de mood pun nak mandi pantai kalau datang kat aqabah.Tak tau camne boleh nak mandi pulak.

7) Dapat merasai air sungai jordan di baptism site,syunah junubiyyah.Berpeluang melihat secara live pos kawalan israel laknatullah di depan mata di jeti pos kawalan askar jordan.Bumi isra' yang menjadi taruhan musuh agamaMU YA ALLAH.

8) Dapat juga sampai di sempadan utama yang menghubungkan antara jordan dan israel iaitu King Hussien Bridge ataupun dikenali sebagai Allenby Bridge.Dapat merasai jiwa pelarian bersama-sama rakyat palestin di markaz perhentian bas di king hussien bridge.Dapat juga masuk setelah mengelentong polis jordan konon-kononnya kami mahu ke kedai bebas cukai,kawasan sempadan jordan-israel.Dapat melihat rakyat palestin berpusu-pusu menaiki bas untuk ke Daffah,Palestin untuk pulang ke kampung halaman mereka di palestin.

9) Berpeluang bersarapan di kediaman pelajar phd, Ustaz najib dan isteri di sweileh dan merasai kelazatan nasi hujan panas dengan sambal sotong.Sebelum ni hanya mengenali di alam maya sahaja.

10) Berpeluang bergaya dengan kereta sewa selama 6 hari.Sebelum ni paling lama pun 2 hari jer.

11) Dapat berdakwah kepada polis dan arab badwi di Wadi Rum setelah sampai pada waktu malam.Walaupun tak dapat masuk tapi peluang beramah mesra dengan mereka adalah kenangan manis yang tidak dapat dilupakan.Diiringi dengan syai arab dan berselang seli gelak ketawa abang nizam,pastinya bermakna untuk abg nizam dan isteri pada malam terakhir misi ini sampai uwais pun menangis ditinggalkan keseorangan dalam kereta.

12) Oleh kerana kelekaan dan keseronokan abang nizam dalam mengharungi misi ini,beliau terlupa tentang tarikh flight untuk pulang ke malaysia.Akibatnya,beliau telah tertinggal flight royal jordanian dari amman ke bangkok.Tapi alhamdulillah beliau dapat juga menaiki flight ke bangkok setelah mendapat seat waiting list dari syarikat rj, duwar sabie' tanpa dikenakan caj tambahan.

13) Dapat mengenali jalan-jalan di bandaraya amman dengan lebih mendalam.Hakikatnya jalan amman lah yang paling senang dan takkan sesat walaupun anda hanya sekali sampai kat amman.Pi mai pi mai tang tu.

14) Yang lawaknya, Abang Nizam dan isteri dapat merasai misi ini ke bandar Tofileh.Ingat maju sangat Jordan ni katanya,sampai stesyen minyak pun tak de bumbung.Haishh,arab..arab....

15) Yang paling berbahaya,abang nizam dah terkena jangkitan virus selsema ' eheeeeee' oleh faiz.Sampai sekarang pun bila mana beliau menghantar mesej kepada saya, beliau akan menulis 'eheeee'.


Walaupun pertemuan hanya singkat,tapi cukup bermakna.

" Dari Umm Qays ke Aqabah ".
Bila lah projek baru " Dari Mafraq ke Karama " nak datang pulak ni??

Sunday, 27 September 2009

Bahasa Jiwa Untuk Syuhada' Mu'tah



Bumi Mu'tah akan kembali basah dengan darah-darah syuhada' Malaziyyun seramai hampir 140 orang.Mereka sudah bersedia menginfakkan diri mereka dalam ruang jihad ini di tengah-tengah kekelaman rakyat malaysia tentang nilai diri dan maruah jiwa.

Mereka rela tangan mereka terputus dari badan sebagaimana putusnya tangan Jaafar At-Tayyar mempertahankan rayah Islam dalam perang Mu'tah.

Mereka adalah jiwa muda yang begitu bersemangat menjadi jundullah sebagaimana mudanya Abu Usama Zaid bin Al-Harithah ketika memeluk Islam dan akhirnya mati syahid dalam perang Mu'tah.

Wajah mereka disinari cahaya ketauhidan yang menjadi alunan rentak irama syair ' Arash Rahman ' oleh Abdullah Rawahah yang gugur menyembah darah yang suci di tangan tentera Rom.

Mereka berjiwa dan berhati besar, sanggup terbang meninggalkan keluarga tercinta demi perjuangan ummah yang masih belum selesai.Merekalah nadi kami, penerus cita-cita impian kami agar tertegaknya khilafah islam di bumi malaysia nanti.

Merekalah bakal penyubur iman di bumi Mu'tah, sebagaimana suburnya tanah dataran ini menyimpan khazanah-khazanah islam yang masih berbaki lagi.

Rebutlah peluang keemasan sementara masih berbaki lama disini.Kamulah pejuang yang di cari ALLAH dari serata bumi.

Moga hari esok masih cerah untuk kamu menabur budi di bumi bertuah Mu'tah ini......

Wednesday, 23 September 2009

1 Syawal yang Tak Bemakna



Kebiasaan orang 1 syawal adalah hari yang paling gembira untuk diraikan.

Apatah lagi itu sebagai tanda kejayaan setelah mengharungi cabaran berpuasa selama sebulan.

Semua rakan sibuk menelefon ayah dan ibu di kampung untuk mengucapkan selamat hari raya dan bermaaf-maafan sesama mereka.

Tapi tidak terjadi pada aku.

Tapi aku gagal berbuat demikian.

Aku tenggelam dalam rasukan emosi sendiri.

Aku gagal untuk membahagiakan mereka.

Aku gagal untuk mengucapkan kalimah 'selamat' walau sepatah.

Tiap kali tangan ingin mencapai dan memetik punat telefon.

Tiap saat itu hati berbelah bagi merisik khabar dari mereka.

Apa sudah jadi pada aku....

YA ALLAH...kembalikanlah keyakinan aku semula

Ampunkan segala dosa-dosa ku terhadapa kedua orang ibu-bapaku.

Ampunkan dosa kedua mereka dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjaga dan mendidikku sejak kecil lagi.

Aku ingin menjadi permata buat mereka.

Jauh sekali menjadi kaca yang melukakan hati mereka.

Mereka berdua adalah roh dan jasad aku.

Kerana mereka aku lahir di dunia.

Dari setitik air mani yang hina.

Hingga menjadi manusia sesempurna akal dan tubuh.

Tanpa mereka,siapalah aku.

Moga syawal akan datang.

Dapat kembali aku pautkan ranting kasih dan sayangku pada mereka berdua.

Aku rindukan saat itu kembali.

Saat dimanja dan dibelai.

Moga hati yang gundah kembali ceria.

AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Ku nukilkan untuk aku sendiri bersempena 1 Syawal yang Tak Bermakna dan Tak Membahagiakan aku.